Tuesday, September 25, 2012

Sama Tapi Tak Serupa...Hampir Sama Corak Berbeza


Assalamualaikum...

    Cuba cari apa keunikan gambar di atas?

Gambar Pengerusi KRT Cacar Baru, En Kamarudin Puteh yang bersongkok, berkaca mata, berbaju melayu dan bersongket biru... Hampir sama dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abd Kadir. Unikkan?



Sunday, September 16, 2012

Warna-Warni Merdeka Raya 5533

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, dengan jayanya kami berjaya melaksanakan program Merdeka Raya 5533 hari ini. Walaupun pada awalnya hujan lebat mencurah bumi namun syukur ke hadrat ilahi hujan rahmat tersebut hanya seketika. Program Merdeka Raya dapat dilaksanakan sampai ke waktu penamat jam 10 malam.

Terima kasih buat semua para AJK yang sedia membantu dengan pelbagai hidangan...
Puan Kamisah dan Puan Wan Aniza menyediakan mee sup, En Lutpi dan Puan Suraya menyediakan Ketupat, lemang dan rendang, Puan Normah Ngah dan Puan Rosnah menyediakan Nasi Himpit, Tapei, dan beberapa lagi menu yang saya lupa, Puan Saodah dan Puan Miskiah menyediakan Laksa Penang, Nasi Minyak, Puan Suhaida dan Puan Wan Zuhaida menyediakan mee goreng, Cik Nurul Shiraz dan Puan Saida menyediakan pemanis mulut.  

Terima kasih juga pada semua hadirin yang sudi mengunjungi serta beramah mesra dengan AJK Krt Cacar Baru, Paka..

Terima Kasih yang tidak terhingga buat Dato' Wira Dr Rosli Hasan dan Yb Dato' Din Adam yang turut hadir memeriahkan majlis kami.

Sampai di sini dulu update pertama dari Shiraz.. Admin blog dah keletihan hari ney melayani kehadiran tetamu.. Insya Allah, kalau ada kelapangan waktu admin akan update untuk sesi bergambar plak ya... 

Selamat Malam....